Want your
own Fotopage?




























 
NorAsmah's FotoPages

By: NorAsmah Isahak

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Dec-2007 13:59 Email | Share | Bookmark
ibu kau pergi buat selamanya...

abah, semoga tabah dan kuat semangat..
kami sayang mak n abah
mak kami rindu sangat2
kenangan terakhir
 
hanya tinggal kenangan
 
 
ibu kau pergi jua akhirnya
kenangan terakhir kami sekeluarga bersama ibu tersayang, tanggal 25 dec 2007 jam 03:10am di hospital ipoh ibu telah pergi buat selamanya meninggalkan kami..













Aku redha dengan kehendak dan kemahuan Tuhan.Ternyata DIA lebih menyayangi mak lebih daripada aku.Mak pergi meninggalkan aku keseorangan untuk terus berjalan di bumi Tuhan ni.Lepas ja mak pergi aku dapat rasakan yang aku seperti seorang anak yang kesunyian dan dunia aku kosong!
Aku harap pemergian mak meninggalkan anaknya yang hati sekeras waja dan tak mudah lumpuh dengan dugaan2 yang datang dalam hidup ini.aku hilang tempat untuk meluahkan segala rasa dan aku hilang seorang 'sahabat' yang aku paling sayang dan agungkan dalam hidup. Hanya mak yang dapat terima baik dan buruk aku sebagai anaknya,hanya mak yang mengerti perasaan aku sebagai anaknya.Mak...along rindu sangat2 kat mak...

Aku redha..ya..aku terima segala yang terjadi.Aku tak nak mak bersedih di sana sebab aku bersedih di sini.Aku nak mak bahagia di sana.Aku nak mak di tempatkan bersama-sama dengan hamba2NYA yang DIA kasih dan rahmati.Aku tak nak mak melalui kesukaran dalam perjalanan untuk bertemu TUHAN nya.Dan aku sebgai seorng anak..apakah pengorbanan yang perlu aku lakukan untuk mak??Untuk menolong mak di sana?

Ya Allah,moga KAU angkat doaku ke langit.Moga KAU tempatkan ibuku bersama2 orang2 yang KAU kasihi dan Rahmati.Moga KAU terima roh ibuku dalam perjalanannya pulang bertemu denganMU.Ya Allah..mati itu adalah benar dan roh ibuku dalam perjalanan pulang bertemu denganMU Ya Allah.KAU pandanglah segala kebaikan ibuku dan KAU ampunkanlah segala dosa2 ibuku Ya Allah.Sesungguhnya ibuku adalah seorang hambaMU yang sentiasa redha diatas setiap ketetapan yang KAU berikan padanya.
Cuma 27 tahun aku diberi peluang untuk hidup bersama2 dengan mak.Dan selama itu terlalu banyak benda yang berlaku diantara aku dengan mak.

Setiap Kesedihan,kesakitan,kesenangan dan segala2nya aku lalui dengan mak.Mak tak pernah berungut atau salahkan takdir diatas setiap dugaan yang menimpa hidupnya.Dan mak telah menyempurnakan amanah yang Allah berikan pada dia dengan membesarkan aku.Memberi didikan agama yang sempurna.Kalaupun aku tersasar,itu adalah kesalahan yang perlu aku tanggung sendiri.Bukan salah mak,mak dah berikan yang terbaik untuk aku sepanjang hidup dia.Cuma aku yang kadang2 salah membuat pertimbangan.Aku manusia biasa..tak dapat lari dari untuk tidak tersasar dari pegangan hidup aku.

Bagi aku mak adalah seorang ibu yang sempurna!seorang mak yang banyak bekorban untuk anaknya.Terlalu banyak budi mak yang tak dapat aku balas.
Yang tinggal cumalah kenangan terindah yang tersimpan kukuh di lubuk hati aku.Aku cuma nak mak tahu..walaupun mak dah tak ada di sisi aku,walaupun mak dah pergi meninggalkan kami semua Semangat dan kekuatan hati mak,tetap mengalir dalam diri aku dan adik2ku..
Aku sedih dan selalu menangis sebab aku terlalu rindukan mak..bukan sebab aku tak redha Allah ambik balik mak.Aku rindu senyum tawa mak,aku rindu kata2 nasihat mak dan aku rindu segala2nya tentang mak..Ya Allah..kuatkanlah aku untuk menanggung kerinduan ini..

Hati...cukuplah..jangan bersedih lagi...
Kepada semua yang banyak bagi support dekat aku.Thanks banyak2..

Kepada sahabat2 aku sekalian sudi2lah kiranya kalian menghadiahkan bacaan ayat2 suci buat ibuku kerana satu hari nanti kita juga akan melalui keadaan yang sama seperti mana mereka2 yang terdahulu telah prgi meninggalkan kita.Al-fatihah.

Mak...moga mak aman dan damai di sana...

kepada adik2ku tabahkan hati, kuatkan semangat,jaga peribadi dan jaga diri baik2...
kalau rindu dekat mak banyakkan berdoa buat dia... terimalah hakikah ini, mungkin ada hikmah disebaliknya......

buat abah semoga abah tabah dan kuat semangat... anak2 abah masih ada.. kami sayang abah....







Innallillahi wainnallillahirojiun.................Al-Fatiha buat roh nya..... Fri 30-Oct-2009 15:34
Posted by:Wak Kumis  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.